Tok Guru



Tok Guru,
Samaran yang cukup unggul abad ini,
Dirimu dihormati segenap masyarakat kini,
Bukan disebabkan dirimu seorang yang mewah hartanya,
Bahkan pula bukan yang segak bergaya,
Tapi dirimu sederhana orangnya,
Miliki pekerti yang cukup mulia,
Bukan niatku untuk menyanjungmu sebegitu rupa,
Tapi itulah hakikatnya..
Walaupun insan yang sempurna hanya milik Baginda,
Namun disebalik sinar wajahmu,
Ku tahu kau cuba sedaya upaya,
Untuk mengikuti jejak langkahnya…

Tok Guru,
Mereka kata dirimu ini kasar orangnya,
Kerana dirimu begitu keras berkata-kata,
Melontar meluah apa yang dirasa,
Semua orang terasa peritnya,
Tapi aku tidak percaya,
Kerana aku kenal siapa dirimu sebenarnya,
Walaupun dirimu keras meluah bicara,
Tapi sebenarnya lembut maksud disebaliknya..

Tok Guru,
Aku tahu kata-katamu dalam maksudnya,
Teguranmu banyak ertinya,
Tapi mereka tidak mengerti apa tujuannya,
Kata-kata yang keras itulah yang manis sebenarnya,
Punya maksud tersirat disebaliknya,
Biasalah, mengatakan yang benar itu pahit rasanya,
Tapi, itulah sifatmu..
Tetap berkata walau pahit dirimu menelannya..

Tok Guru,
Sabarlah dirimu wahai pejuang agama Allah,
Walaupun dibenci, ditohmah dan dihina manusia,
Namun dirimu mulia disisi yang Maha Perkasa,
Sabarlah dirimu wahai hamba Allah,
Dirimu tidak keseorangan,
Kami dibelakangmu tidak pernah lelah,
Terus menjadi tongkatmu untuk menegak kalimah Allah..

Nukilan ini, khas buat Tok Guru(Menteri Besar Kelantan) yang penulis cukup kagumi. Setiap kali penulis mendengar ceramahnya mahupun ucapan Tok Guru di suatu majlis, penulis pasti tidak dapat menahan sebak. Bukan penulis seorang yang sensitive,tetapi bicaranya membawa penulis begitu dekat dengan yang Maha Esa. Kalau nak tahu rasanya bagaimana, cubalah ikuti majlis-majlis yang dihadiri oleh Tok Guru.:) Majlis-majlis rasmi akan menjadi ceramah agama kalau ada Tok Guru. Sekejap keluar ayat-ayat suci al-Quran. Kemudian keluar hadis dan macam-macam lagilah. Pesanan penulis kepada semua, jangan mengenali Tok Guru seperti yang digembar-gemburkan. Kenalilah beliau dengan mata hati.:)

1 pandangan:

Afifah said...

salam..
k.farah..sangat tersentuh membaca hasil nukilan k.farah..
menitis air mata melihat ujian demi ujian yg dtanggung oleh insan yg sentiasa istiqamah memperjuangkan agama yg suci ini..hakikatnya,mreka bhagia dgn ujian itu,tenang dgn cacian n cemuhan,sabar mendoakan hidayah buat mereka,niat yg baik sering dsalah ertikan..ttp itulah khidupn..hanya padaMu kami berharap ya Allah..bimbinglah kami dlm mencari RedhaMu..

March 1, 2010 at 8:49 AM  

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails