Keberkatan Masa

Dengan NamaMu ya Allah | Assalamualaikum w.b.t

"Boleh tak kalau ringkaskan majlis ta'lim nie. Kita kena consider amanah kita dengan mak ayah kita. Dengan pelajaran kita. Lagipun, kita sekarang dalam musim exam. Kalau boleh, limitkan masa" ujar seorang sahabat.

"Ada sape-sape yang ada pandangan tak." lisan disambung oleh sahabat tadi yang benar-benar inginkan penjelasan.

Terdetik rasa tidak puas hati saya mendengar lontaran kata-kata daripada sahabat tersebut. Astaghfirullah.

"Majlis ta'lim ini majlis ilmu. Sebagai contohnya, kalau kita berdepan dengan dua perkara iaitu majlis ilmu atau study untuk exam esok. Yang manakah yang kita akan pilih? Barangkali, mungkin ramai yang akan memilih untuk study. Tetapi, tidakkah kita terfikir bahawa keberkatan masa itu datangnya daripada Allah s.w.t?" ujar seorang sahabat yang ikhlas ingin menjelaskan.

"Kita kena ingat, keberkatan masa nie, hanya Allah s.w.t. sahaja yang mampu mengganjari. Kedua-dua perkara samada study atau majlis ta'lim nie adalah sama-sama penting disisi Allah s.w.t. Kedua-dua perkara adalah benda baik. Apa salahnya kalau kita ambil kedua-dua. Belum tentu kita akan mendapat keberkatan masa semasa kita belajar, dalam masa sama kita meninggalkan majlis ta'lim yang sememangnya akan mendapat rahmat disisi Allah s.w.t. Semua itu bergantung kepada Allah s.w.t. Keberkatan dalam majlis ta'lim ni jelas dapat kita lihat. Saling berkongsi ilmu sesama sahabat. Allah s.w.t akan melimpahkan keberkatanNya kepada kita semua bilamana kita saling memperingatkan atau bermuhasabah sama-sama untuk kembali kepada Dia." saya turut mengambil bahagian untuk menjelaskan.

Memang benar, hati kita kadangkala diuji. Diuji bukanlah untuk menghukum tetapi ujian itu adalah untuk mentarbiyyah seorang insan yang telah digelar sebagai hamba. Bilamana hati berada betul-betul di hadapan dua perkara yang berbeza tetapi dirasakan sama-sama penting, cubalah nilai dengan mata hati. Bukan mata hati yang kekosongan. Tetapi hati yang terisi penuh dengan penghayatan terhadap ilmu-ilmu yang telah kita pelajari saban waktu.

Yakin kepada Allah s.w.t. adalah kunci kepada segala kebaikan. Kalau kita tidak yakin bahawa Allah s.w.t yang melapangkan hati kita, memberi keberkatan masa kepada kita dan setiap genap nikmat yang Allah s.w.t kurniakan pada hari ini, pada siapalah lagi yang kita akan yakini?Na'uzubillah.

"Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu, "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan, "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
~Al-Mujadilah : 11~

"Sahabat-sahabat, yakinlah kepada Allah dengan sebenar-benar yakin" sahut seorang sahabat yang lain.

"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan yang lain)."
~Al-Insyirah : 7~

Subhanallah..kalam-kalam Allah s.w.t inilah yang mengembalikan hati-hati kami untuk tetap yakin kepadaNya. Maha Suci Allah yang telah menghadiahkan kita semua kitab suci Al-Quran sebagai penawar kesedihan dan kegembiraan, pemberi semangat, penyelesai masalah,harapan, dan segala-galanya. Semoga Allah s.w.t terus menyuluh hati-hati kita semua dengan taufiq dan hidayahNya.

Ta'lim malam ni cukup terkesan buat saya dan sahabat-sahabat kerana Allah s.w.t telah menguji kami semua agar tetap terus menegur sahabat-sahabat yang lain bagi memastikan kami semua terus berada di bawah rahmatNya.

p/s: Perkongsian ini adalah untuk memuhasabahkan diri sendiri dan untuk saudaraku yang di luar sana.Sayang semua sahabat-sahabat. Kepada sahabat-sahabat satu ta'lim yang membaca post nie, harap maaf sekiranya ada pengolahan ayat. sbb, ana ingat-ingat lupa :)

3 pandangan:

pali said...

salam.

Seringkali kita mendengar keluhan, kenapa study last minit, kenapa tak study awal-awal?

Bila study last minit, pelajar disalahkan- ada yang berkata,sistem tak salah, PELAJAR yang bertanggungjawab!

Menurut pandangan saya, sistem pembelajaran di universiti di Malaysia mengarah pelajarnya supaya study last minit. Kenapa? dengan peratusan 70% di exam akhir yang banyak bertumpukan dengan material sejak dari awal semester menyebabkan kecenderungan study last minit dan study untuk exam semata-mata tidak dapat dielakkan.

Universiti luar negara (USA) mengambil pendekatan dalam satu kursus akan ada 4 @ 3 exam yang mana setiap exam mempunyai nilai markah yang sama dengan exam yang lain. Hal ini tidak dapat tidak mendesak pelajar untuk mula membuka buku awal, dan secara tidak lansung didik dengan sikap konsisten dan perlu bertanya semasa dikelas,

"Malu bertanya sesat jalan".

Majlis ilmu itu penting, ya. Fiqh Aulawiyat setiap individu itu berbeza. Buat yang sudah bersedia awal dalam peperiksaan, tidak ada masalah untuk turut dalam majlis ilmu asalkan masanya itu munasabah.

Buat yang masih mengambil pilihan untuk study last minit, mungkin disebabkan oleh tanggungjawab @ pelbagai ragam kehidupan, kebijaksanaan dalam mengurus nota, latihan exam, dan berkawan dengan mereka yang rajin amat perlu dalam mengingatkan perlunya kepada kecemerlangan akademik.

Ukthi, untuk ante mungkin tiada masalah, tetapi orang lain berbeza pula aulawiyatnya.

berlapang dada, berbaik sangka, dan bertimbang rasa. qada muallaq itukan bergantung kepada usaha kita. menjaga sirratulrahim itu pun salah satu kaedahnya.

-anak murid tumpang belajar-

November 10, 2009 at 2:41 PM  
Basyirah said...

Assalamu'alaikum..

Ya Farah..Keberkatan masa memang kita tidak dapat ukur, Allah yang ganjarkannya..Sebab tu lah pentingnya kita buat sesuatu adalah kerana Allah, bukan kerana fadhilatnya, bukan kerana kelebihannya, bukan kerana suatu yang lain..Insya-Allah di situ ada keberkatannya..Sentiasa betulkan niat, dan doa ditunjukkan jalan yang terbaik dalam melakukan sesuatu. Mengharaplah keberkatan daripada Nya.

Dan tidak semua perkara yang kita lihat baik adalah terbaik untuk kita..Kadang-kadang, perkara yang tidak baik, yang kita tidak sukai, adalah terbaik untuk kita pada masa itu. Allah lebih mengetahuinya, dan Allah Maha Mengaturkan segalanya.

Akak akui, majlis Ta'lim adalah suatu yang sangat bagus & baik dalam kita saling memperingati, saling muhasabah dan saling memperbaiki diri. Namun, setiap sesuatu itu perlukan pengurusan waktu yang baik, kerana kita masih ada tanggungjawab di luar sana. Masih ramai yang memerlukan dakwah kita, masih ada ilmu yang perlu kita dalami, masih ada program yang perlu kita rangka dan rancangkan.

Pengurusan Majlis Ta'lim ni juga satu tarbiyah untuk kita dik. Di dalamnya ada tarbiyah untuk orang yang membaca Ta'lim dan juga untuk orang yang mendengarnya. Cuba nti amati..Kita kena disiplinkan diri semua, pukul berapa kita nak start Ta'lim dan semua sepatutnya sudah bersedia waktu tu, kecuali yang ada urusan luar, dan berapa lama majlis Ta'lim kita. Kalau ada topik khas nak bincang, kita kena minta persetujuan semua untuk lanjutkan sikit masa Ta'lim. Dan jika ada sahabat yang ada urusan, mereka boleh beransur dulu.. Inilah adab kita yang tinggal berjemaah dalam satu rumah. Satu keluarga yang besar. Saling menghormati hak masing-masing, saling bersangka baik, saling berkasih sayang..Insya-Allah.. Yang penting, semua adalah kerana-Nya.

Selamat berjuang di medan sebenar wahai adikku. Sesungguhnya, di luar sana sangat menuntut kita menjadi orang yang kuat dalam mendepani tanggungjawab peribadi dan tanggungjawab dakwah. Teruskan menuntut ilmu, dan sentiasalah berada dalam gerakan dakwah..Bukan Jemaah yang memerlukan kita, tetapi kita yang memerlukan Jemaah..Kita yang memerlukan Islam.. Jika kita tidak sibukkan diri dengan gerak kerja Islam, Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia..Sentiasalah doa pada-Nya, dan tingkatkan tawakal pada-Nya. Semoga kita semua di bawah lindungan-Nya. Hati-hati kita sentiasa terikat di jalan Nya..walau kita berjauhan.

Salam sayang dari akak buat Farah dan semua warga RB..K.Long RB (Buat masa ni la) =)

November 19, 2009 at 5:44 PM  
nailah87 said...

Ya..setuju dengan K.Long RB =)

December 7, 2009 at 10:41 PM  

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails