Allah s.w.t Maha Dekat dengan hambaNya. Penuh kasih sayang. Takkan pernah biarkan hambaNya menangis. Kerana kemurahan dan kasih sayangNya. Peringatan demi peringatan disampaikan kepada hamba yang dikasihiNya. Peristiwa demi peristiwa dijadikan dengan KekuasaanNya sebagai satu titik tolak untuk menegur hambaNya yang semakin lama semakin lalai dengan indahnya nikmat dunia.
Kalimahku
Mutiara Ilmu
Ahlan Wasahlan Akhi wa Ukhti

Semua muslim barangkali ingin menjadi Muslim Terbaik. Muslim yang Mukmin. Sebagaimana dunia ini diciptakan cuma sementara, seperti itu pulalah manusia terus-terusan diuji oleh Allah s.w.t. Hanya kerana Allah s.w.t ingin melihat sejauh mana hambaNya benar-benar beriman kepadaNya. Sama-sama kita doakan Dia sentiasa berada dekat disisi kita semua dan semoga kita menjadi Muslim Terbaik di hadapan Allah s.w.t.InsyaAllah.
Tokoh Disegani

Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat
Katakanlah Muhammad," Wahai Ahli Kitab!Kamu tidak dipandang beragama sedikit pun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat,Injil, dan (Al-Quran)yang diturunkan Tuhanmu kepadamu." Dan apa yang diturunkan Tuhanmu kepadamu pasti akan membuat banyak antara mereka lebih durhaka dan lebih ingkar,maka janganlah engkau berputus asa terhadap orang2 kafir itu'al-Maidah:68
myUsrah 09
"Semoga Pertemuan & Perpisahan yang terjadi diredhai Allah s.w.t"
Tinggalkan Pesan
Blog list farahfarhan
-
Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori Sejarah - “Berbaloi pelaburan €2 aku!” Saya mengomel sendirian. Saya sedang membaca buku Corrupting Youth: Political Education, Democratic Culture, and Political The...
-
Tiada Paksaan Dalam Agama ? Apakah Penjelasannya ? - Dr Mohd Khafidz SoroniBARU-BARU ini tular sebuah video seorang pemuda dalam satu sesi siaran langsung di sebuah media sosial meluahkan hasrat untuk keluar ...
-
Nigerian workers strike over cost of living crisis - [ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik? - Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian s...
-
PMIUSM KESAL TINDAKAN MELULU BANTAH PROGRAM DR ZAKIR NAIK - Bismillah Assalamua'laikum w.r.t 09 April 2016 | 3 Rejab 1437H Persatuan Mahasiswa Islam USM melahirkan rasa kesal dengan tindakan melulu beberapa pihak ...
-
“Life begins at 40” Menurut Islam - Usia 40 tahun : Untuk Yang Lahir Pada Tahun 1973 dan 1974 Ada ungkapan dalam bahasa Inggeris yang menyatakan bahawa “life begins at 40”. Yang membawa mak...
-
Senior Seperjuangan USM
Sahabat Seperjuangan Matrik
Sahabat Seperjuangan USM
Junior Seperjuangan USM
myUsrah USM
Sahabat Pmiusm
Mengikuti Perkongsian
Allah s.w.t Maha Dekat dengan hambaNya. Penuh kasih sayang. Takkan pernah biarkan hambaNya menangis. Kerana kemurahan dan kasih sayangNya. Peringatan demi peringatan disampaikan kepada hamba yang dikasihiNya. Peristiwa demi peristiwa dijadikan dengan KekuasaanNya sebagai satu titik tolak untuk menegur hambaNya yang semakin lama semakin lalai dengan indahnya nikmat dunia.

“Tiap langkah adalah usaha, tiap masa amat berharga, berusahalah agar dirimu dapat menikmati kebahagian dunia dan akhirat.”
Peribahasa melayu ada mengatakan, ‘masa itu ibarat emas’. Masa itu amat berharga. Masa tidak dapat dibeli. Juga tidak dapat dijual. Tidak hairanlah tidak ada manusia yang menjalankan perniagaan tersebut. Masa juga bukan milik kita. Masa adalah milik Allah s.w.t. “Ingat 5 perkara. Sebelum 5 perkara.Sihat sebelum sakit. Muda sebelum tua. Lapang sebelum sempit. Kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.”
Kelima-lima perkara ini tidak akan wujud andai kata masa tidak ada. Segala-galanya kerana masa. Semua teman serumahku sibuk sekarang nih ya. Ada yang kata, “sekarang baru ada roh belajar dalam rumah kita nih.” ada juga yang melawak sakan untuk melepaskan tension. tidak lupa juga, ada yang pasang lagu dengan volume speaker yang paling tinggi.semua ini gara-gara masa yang dikejar malah mungkin juga masa yang ketinggalan jauh di belakang. Kenapa roh belajar baru sahaja menyapa seminggu sebelum exam?? aku cukup hairan. pernah juga di kaji. namun x bisa untuk mendapatkan jawapan yang cukup tepat.
Firman Allah s.w.t
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian.,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, dan nasihat-menasihati supaya menaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.” [Al-Asr : 1-3]
Surah diatas cukup jelas kepada kita. Sesungguhnya Allah telah bersumpah dengan masa. Setiap manusia di dunia ini, berjalan seiring dengan masa. Manusia yang lalai dengan masa, iaitu mereka yang membuang masa dengan sia-sia akan menempah kerugian. Namun, khabaran yang gembira bagi mereka yang beriman kepada Allah s.w.t.
Hanya dengan keimanan kepada Allah lah yang mampu menyelamatkan manusia daripada kerugian seperti yang digambarkan oleh Allah s.w.t. Ganjaran juga turut disediakan bagi mereka yang beramal soleh. Beramal hanya kerana Allah. Beruntung hidup di bawah sinaran Islam, di bawah lindungan Iman, di bawah payungan rahmat Al-Quran, di bawah teladan Rasulullah.
Selamat menempuh final exam kepada semua sahabat Persatuan Mahasiswa Islam USM dan Siswa Siswi Universiti Sains Malaysia, Sidang 2008/2009. Semoga Berjaya!! InsyaAllah.
"Aku, adalah hamba, insan biasa, yang mencari cintaNya, buat bekal di dunia, untuk selamat di akhirat sana.Kalian, juga hamba, mungkin juga sedang mencari cintaNya seperti aku jua, aku dan kalian adalah sama, cuma iman yang membezakan kita."
hamba yang cukup dhaif
buat sahabat yang sedang menduduki peperiksaan
2 November 2008/4 Zulkaedah 1429H

