“Tiap langkah adalah usaha, tiap masa amat berharga, berusahalah agar dirimu dapat menikmati kebahagian dunia dan akhirat.”
Peribahasa melayu ada mengatakan, ‘masa itu ibarat emas’. Masa itu amat berharga. Masa tidak dapat dibeli. Juga tidak dapat dijual. Tidak hairanlah tidak ada manusia yang menjalankan perniagaan tersebut. Masa juga bukan milik kita. Masa adalah milik Allah s.w.t. “Ingat 5 perkara. Sebelum 5 perkara.Sihat sebelum sakit. Muda sebelum tua. Lapang sebelum sempit. Kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.”
Kelima-lima perkara ini tidak akan wujud andai kata masa tidak ada. Segala-galanya kerana masa. Semua teman serumahku sibuk sekarang nih ya. Ada yang kata, “sekarang baru ada roh belajar dalam rumah kita nih.” ada juga yang melawak sakan untuk melepaskan tension. tidak lupa juga, ada yang pasang lagu dengan volume speaker yang paling tinggi.semua ini gara-gara masa yang dikejar malah mungkin juga masa yang ketinggalan jauh di belakang. Kenapa roh belajar baru sahaja menyapa seminggu sebelum exam?? aku cukup hairan. pernah juga di kaji. namun x bisa untuk mendapatkan jawapan yang cukup tepat.
Firman Allah s.w.t
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian.,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, dan nasihat-menasihati supaya menaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.” [Al-Asr : 1-3]
Surah diatas cukup jelas kepada kita. Sesungguhnya Allah telah bersumpah dengan masa. Setiap manusia di dunia ini, berjalan seiring dengan masa. Manusia yang lalai dengan masa, iaitu mereka yang membuang masa dengan sia-sia akan menempah kerugian. Namun, khabaran yang gembira bagi mereka yang beriman kepada Allah s.w.t.
Hanya dengan keimanan kepada Allah lah yang mampu menyelamatkan manusia daripada kerugian seperti yang digambarkan oleh Allah s.w.t. Ganjaran juga turut disediakan bagi mereka yang beramal soleh. Beramal hanya kerana Allah. Beruntung hidup di bawah sinaran Islam, di bawah lindungan Iman, di bawah payungan rahmat Al-Quran, di bawah teladan Rasulullah.
Selamat menempuh final exam kepada semua sahabat Persatuan Mahasiswa Islam USM dan Siswa Siswi Universiti Sains Malaysia, Sidang 2008/2009. Semoga Berjaya!! InsyaAllah.
"Aku, adalah hamba, insan biasa, yang mencari cintaNya, buat bekal di dunia, untuk selamat di akhirat sana.Kalian, juga hamba, mungkin juga sedang mencari cintaNya seperti aku jua, aku dan kalian adalah sama, cuma iman yang membezakan kita."
hamba yang cukup dhaif
buat sahabat yang sedang menduduki peperiksaan
2 November 2008/4 Zulkaedah 1429H
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
-
Kali pertama saya membaca hadis ini, saya adalah seorang pelajar Syariah.
Perhatian kami tertumpu kepada konotasi fiqh riwayat ini bahawa seorang
yang lebi...
0 pandangan:
Post a Comment