Assalamualaikum w.b.t
myUsrah dalam lipatan kenangan kami semua. Semoga pertemuan yang terjadi adalah dengan limpahan kasihNya. Bahkan perpisahan yang terjadi juga adalah diharapkan diredhai Allah s.w.t. Didoakan semoga adik-adik myUsrah sentiasa dilindungi Allah s.w.t.
myUsrah petang ini diadakan bertempat di Tasik Harapan, USM. Barangkali menjadi tempat kebiasaan naqib atau naqibah membawa anak-anak usrah mereka pada hujung minggu. Jauh di sudut hati, terasa berat diri untuk mengadakan usrah terakhir pada hari ini. Berat hati untuk berpisah dengan adik-adik kesayangan. Namun digagahkan juga. myUsrah ditetapkan jam 5.30 ptg. Tapi, diri kelewatan ke sana kerana pergi membeli sebiji kek coklat untuk meraikan hari lahir kesemua adik-adik seusrah.
Diri tiba-tiba terasa kaget dan terkedu seketika, tidak tahu ingin berbicara dengan adik-adik kerana di fikiran hanya memikirkan tentang 'perpisahan'.
'pertemuan yang langsung tidak terancang, tapi Allah yang merancang' hati bermonolog sendiri.
'perpisahan yang langsung tidak dirancang, tapi Allah jualah yang menentukannya.'
Asma'
"Asma', adik yang paling disayangi dalam myUsrah. Semoga Allah s.w.t merahmati dan melindungi Asma'. Didoakan semoga Allah s.w.t melapangkan jalan untuk menghampiriNya.InsyaAllah, kita bertemu di lain waktu."
Alia
"Alia, adik yang paling disayangi dalam myUsrah. Semoga Allah s.w.t. mempermudahkan segala urusan Alia. Terus maju dengan seni mempertahankan diri Alia ya. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat.InsyaAllah "
Intan
"Intan, adik yang paling disayangi dalam myUsrah.Keep in touch with your blog. Semoga ianya menjadi salah satu medan da'wah buat Intan. Semoga Allah s.w.t mempermudahkan segala urusan yang dirancang. Moga-moga Allah merahmati dan melindungi diri Intan.InsyaAllah."
Iszatty
"Is, adik yang paling disayangi dalam myUsrah.Jaga diri ye Is. Makan banyak-banyak sikit. Didoakan semoga Allah s.w.t melimpahkan rahmatNya kepada Is dan sesiapa sahaja yang berada di sisi Is. Semoga berjaya."
Khadijah
"Tie, adik yang paling disayangi dalam myUsrah. Semoga Allah s.w.t. melindungi Tie dan semoga dipermudahkan segala urusan. Jaga diri ye Tie. Kuatkan semangat dan tekad. InsyaAllah."
Hairina
"Ina, adik yang paling disayangi dalam myUsrah. Tak banyak cakap. Melontarkan butir-butir kata-kata hanya sekali sekala. Bila ditanya, sepatah je Ina jawab. :) Semoga Allah s.w.t merahmati Ina. InsyaAllah."
Raihaniah
"Rai, adik yang paling disayangi dalam myUsrah. Rai, selalu gembira. Semoga Rai dipermudahkan oleh Allah segala urusan yang Rai rancang. Semoga berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah."
Noridah
"Nori, adik yang paling disayangi dalam myUsrah. Nori, jaga diri ye. Semoga segala urusan yang dilakukan oleh Nori akan menghampirkan diri Nori dekat kepadaNya. Semoga dirahmati dan dilindungi Allah s.w.t. selalu."
Amira
"Mira, adik yang paling disayangi dalam myUsrah. Semoga Mira terus kuat dalam mengharungi jalan yang telah Allah tetapkan untuk Mira. Semoga masa Mira dilapangkan oleh Allah s.w.t dalam usaha menggapai cintaNya. InsyaAllah."
myUsrah cukup unik. Itulah, kehebatan Allah s.w.t yang boleh dilihat dalam myUsrah itu sendiri. Cukup sayang untuk meninggalkan adik-adik, tetapi apa yang harus difahami dan dimengertikan bahawa 'setiap perpisahan itu pasti benar-benar terjadi'.
24 Oct 09
catatan untuk myUsrah terakhir
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
-
Kali pertama saya membaca hadis ini, saya adalah seorang pelajar Syariah.
Perhatian kami tertumpu kepada konotasi fiqh riwayat ini bahawa seorang
yang lebi...
5 pandangan:
Salam warahmatullah..
October 24, 2009 at 7:48 AMKak farah yg dikasihi kerana Allah..
Kita bertemu dan berpisah kerana Allah, kasih sayang dan ukhuwah kita juga kerana Allah..
Bersyukur ke hadrat Allah, kerana dipertemukan insan bernama 'kak farah'..
Saat diri terhuyung hayang menyusur cahayaNya.. Tuhan menghadiahi seorang insan sbgai pendorong utk mendekatiNya, sama2 mencari redhaNya..
Kak,
Walau jarang dapat kita sertai MyUsrah dgn akk, tak bermakna kita menyepi dari mencari ilmuNya..
Maaf kerana seringkali terhambat diri dlm kesibukan yg dicipta sendiri..
Walhal, Tuhan itu sentiasa menyediakan ruang utk setiap hambaNya bermuhasabah mengingatiNya..
Nasihat akk akan sentiasa kita ingat, dan tersemat kukuh dlm sanubari..
Semoga Allah merahmatimu, kak farah..
Syukran atas semua ilmu yg diberikan..
Moga bertemu lagi dlm syurgaNya, insyaAllah..
kami semua sayang pada akak.. :)
farah..ana nak jadi adik yang paling disayangi dlm myUsroh jugak..
October 25, 2009 at 2:02 AMinsyaallah..itu hanya terakhir pada zahir.. tapi pada batinnya ia berkekalan hingga ke ahirat..insyaallah..ameen
salam
October 25, 2009 at 9:35 PMshukran ye Intan.. akk pun sayang pada myUsrah..terharunya..apa2 pun..Intan jangan lupa ye jenguk2 shbt2 myUsrah..agar ukhuwah tidak terhenti setakat myUsrah shj. Moga terus subur untuk selama-lamanya..InsyaAllah..
salam..
October 25, 2009 at 9:36 PMmin, nak jd yang paling disayangi jugak ka?
adik yang paling disayangi dalam myUsrah ialah amin.Semoga anti dirahmati Allah. :)
salam...
November 9, 2009 at 8:14 AMfarah...farah...
syukur sgt dapat knal farah walaupun rsa kejap je knal farah.....tbe2 jd sebak..
walaupun kmi xdak kaitan dlm myusrah tp nk komen jgak...
farah nti da kuar jgn lpakan kmi tau..semoga Allah merahmatimu wahai sahabat...
dari:masyi
Post a Comment