Dengan NamaMu ya Allah | Assalamualaikum w.b.t
"Ya Allah, baguskanlah agamaku yang menjadi punca segala urusanku, baguskanlah pula duniaku yang menjadi tempat kehidupanku dan baguskanlah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku nanti. Jadikanlah hidup itu sebagai bekalan segala kebaikan serta jadikanlah mati itu sebagai penghapus segala keburukan bagiku"
Baru beberapa hari, ta'lim selepas maghrib di rumah menggunakan buku Suri Teladan Kehidupan Para Sahabat karangan Dr 'Ali Shurbaji. Matlamat asal buku ini dikarang adalah untuk menyedarkan kembali hati-hati umat Nabi Muhammad s.a.w berkenaan kisah para sahabat yang cukup mulia di sisi Allah s.w.t. Keimanan dan ketaqwaan para sahabat adalah cukup untuk membuka mata kita selaku manusia biasa bahawa ketundukan dan kepatuhan hanyalah kepada Allah s.w.t dan RasulNya. Para sahabat, hamba Allah s.w.t yang telah terpilih disisi Allah s.w.t untuk sama-sama menanggung keperitan, kepahitan malah merasai kenikmatan dan kemanisan iman bersama-sama dengan Baginda s.a.w.
Para sahabat pernah secara realitinya berhadapan, bertemu muka dengan Rasulullah s.a.w, beriman dengannya, mengambil ajaran daripadanya dan mati di atas agamanya. Sungguh mulia para sahabat disisi Allah s.w.t, justeru tidak hairanlah golongan ini patut dijadikan suri teladan umat hari ini selepas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Biarpun masa jauh berlalu dan kisah mereka terlalu jauh dengan kehidupan kita hari ini, namun gema kalimah Tauhid yang diungkap oleh mereka tatkala disiksa oleh golongan kafir masih terngiang-ngiang dan masih segar di ingatan kita. Seharusnya gema yang bersahutan itu menjadi pembakar semangat buat generasi muda hari ini untuk terus berada di jalan menegakkan kalimahNya ini.
Barangkali, sukar benar untuk kita saksikan pada hari ini adanya potret-potret atau tugu peringatan untuk mengabadikan sumbangan mereka, bahkan tidak pernah. Namun, sumbangan mereka cukup agung kerana keabadiaan sumbangan para sahabat kekal sepanjang masa. Walaupun mungkin ada serangan-serangan ganas Barat yang cuba untuk menghapuskan tinggalan para sahabat, tetapi Allah s.w.t masih tetap menjaganya agar setiap peralihan generasi umat Nabi Muhammad s.a.w dapat mengambil iktibar terhadap kisah mereka.
Hakikatnya, umat Islam pada hari ini tidak akan bertemu lagi golongan ini pada masa sekarang mahupun di masa akan datang. Kehidupan yang ada pada hari ini, walaupun penuh ujian namun besar ganjaran disisi Allah s.w.t seandainya manusia itu mampu mengenderai kehidupannya mengikut acuan yang telah digariskan dalam Islam. Allahu'alam
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
-
Kali pertama saya membaca hadis ini, saya adalah seorang pelajar Syariah.
Perhatian kami tertumpu kepada konotasi fiqh riwayat ini bahawa seorang
yang lebi...
3 pandangan:
Semoga apa yang kita perolehi mampu kita amalkan dengan istiqamah. Setiap impian dan harapan semoga dikabulkan Allah. "Ayuh, perbaharui Iman"
October 30, 2009 at 4:16 PMTiada Tuhan Melainkan Allah.....
salam zati..
October 30, 2009 at 6:36 PM"Ayuh, perbaharui Iman". Kalau pernyataan ini yg digunakan oleh para sahabat Baginda s.a.w suatu ketika dahulu, maka tiada yg mustahil utk kita hari ini. Saling memperingatkan antara satu sama lain. InsyaAllah.smg Allah beri kekuatan utk kita amalkan. Amin.
dan sebaik2 sahabat ialah apabila kamu memandang wajahnya maka kamu mengingati kampung akhirat...insyaALLAH genggam tangan sahabat,kemudian katakan "ayoh! perbaharui iman"
November 19, 2009 at 10:15 AMta'lim muqqayam
Post a Comment